| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tahniah Dan Syabas Kepada Pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Inter-Kolej UPM 1439H/2018M

Ringkasan Artikel

Majlis Tilawah Al-Quran Inter-Kolej bagi Tahun 1439H/ 2018M telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac 2018 bersamaan 6 rejab 1439H di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. Turut hadir Prof. Dr. Sidek Hj. Ab Aziz - Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Tn. Hj. Mat Razi Abdullah – Pengarah Pusat Islam UPM

Oleh Hanis Johari

 Ybhg. TNC (HEPA) bergambar bersama pemenang-pemenang

Majlis Tilawah Al-Quran Inter-Kolej bagi Tahun 1439H/ 2018M telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac 2018 bersamaan 6 rejab 1439H di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. Turut hadir Prof. Dr. Sidek  Hj. Ab Aziz - Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Tn. Hj. Mat Razi Abdullah – Pengarah Pusat Islam UPM

Seramai 30 peserta daripada 14 qari dan 16 qariah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pada majlis itu juga, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta Qari dan Qariah peringkat inter-kolej.

Dirasmikan Oleh Pengerusi Jemaah Pengetua

 

 

Saudara Zainul Luqman Bin Zainul Ikhwan daripada Kolej 15 dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala saudari Husna Sofia Binti Salim daripada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah sebagai Johan Qariah. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Saudara Zainul Luqman Bin Zainul Ikhwan dan saudari Husna Sofia Binti Salim akan mewakili Universiti Putra Malaysia pada Tilawah al-Quran Intifal IPT Asean di Universiti Sains Islam Malaysia nanti.

 Keputusan Keseluruhan:-

JOHAN QARI & QARIAH 
1. Sdr. Zainul Luqman B. Zainul Ikhwan - K15
2. Sdri. Husna Sofia Bt. Salim – KOSASS

NAIB JOHAN QARI & QARIAH
1. Sdr. Muhammad Alif Aufa B. Jamaludin - KMR
2. Sdri. Farah Adibah Bt. Mohd Azmi - K13

TEMPAT KE-3 QARI & QARIAH 
1. Sdr. Muhammad Safizulkamal B. Shahim - KTDI
2. Sdri. Nur Nazurah Bt. Jiman - K6

Tahniah dan Syabas kepada Para Pemenang.



SXETHA3~