Program Pidato Inisiatif Lahirkan Mahasiswa Cinta Akan UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Program Pidato Inisiatif Lahirkan Mahasiswa Cinta Akan UPM

Program Pidato Inisiatif Lahirkan Mahasiswa Cinta Akan UPM

Oleh Alvin

 

PESERTA yang mengambil bahagian pada Pertandingan ‘We Love UPM’ Impromptu Speech Competition 2018 yang berlangsung di Dewan Putra1, Kolej 13. - Foto Aziera Adnan

 

SERDANG, FEB 14 - 30 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai pertandingan ‘We Love UPM’ Impromptu Speech Competition 2018 di Dewan Putra 1, Kolej 13. Dalam pertandingan itu, Saudara Mohamad Halim Asyraf Bin Hamdi dari Fakulti Pengajian Pendidikan muncul juara manakala Saudari Tahiya Islam dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebagai naib juara dan Saudari Prasna Nair Sreedharan dari Fakulti Perhutanan merangkul tempat ketiga. Johan bagi pertandingan ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100.00, trofi berserta sijil, manakala bagi naib johan, pemenang memperoleh wang tunai sebanyak RM 70.00, trofi berserta sijil.

 

Bagi pemenang tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50.00 berserta trofi dan sijil pencapaian. Kesemua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Felo Kolej 13, En Nazaruddin Ramli. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengetua Kolej Tun Perak, Prof. Madya Dr. Farinazleen Binti Mohamad Ghazali Program We Love UPM’ Impromptu Speech Competition 2018 yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menjadi platform dalam kalangan mahasiswa untuk berkongsikan perasaan cinta dan sayang mereka terhadap UPM.

 

Ketua BHEP, Fahmi Azar Mistar berkata, program seumpama ini merupakan program ‘feeder’ untuk menjadikan aktiviti orator sebagai salah satu platform melahirkan mahasiswa yang yang berbakat dalam seni komunikasi. “Ia juga merupakan satu platform untuk peserta merapatkan ukhuwah sesama mahasiwa berbilang kaum dan agama,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Hakim program tersebut, Dr Mohd Mokrish Md Ajat pula menjelaskan, kesemua peserta telah memberikan persaingan yang sengit kerana sebahagian besar mereka merupakan pendebat-pendebat universiti. “Kebanyakan peserta memang mempunyai bakat yang sangat besar kerana mereka mempunyai banyak idea serta pendapat berkaitan isu yang dibangkitkan,” katanya.

Tarikh Input: 23/03/2018 | Kemaskini: 26/07/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdUAS~