Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api Dan Langkah-Langkah Menghadapi Musibah | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api Dan Langkah-Langkah Menghadapi Musibah

Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api Dan Langkah-Langkah Menghadapi Musibah

SERDANG, 18 Oktober – Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM telah mengadakan satu Latihan Penggunaan Alat Pemadam api Dan Langkah-langkah Menghadapi Musibah di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang latihan tersebut adalah kawad basah, teknik mengangkat mangsa dan menyelamatkan mangsa, demo alat pemadam api dan latihan penggunaan alat pemadam api serta langkah-langkah menghadapi musibah.

Latihan ini diadakan bertujuan bagi melahirkan pasukan ERT yang kompeten serta meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan bantu mula bagi setiap individu pada semua keadaan dan setiap tempat. Latihan ini telah melibatkan 30 orang staf dari entiti di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Disediakan oleh: Suzana binti Mior Mohamad Dwazi

Tarikh Input: 25/10/2018 | Kemaskini: 03/11/2018 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdJAY~