Serdang, 1 Nov – Seramai 30 orang pegawai dan staf dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (JB) mengadakan lawatan penandaaras EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (JB) kini ke arah Pensijilan EKSA menjelang Tahun 2019 ini. Sehubungan itu, tujuan lawatan ini adalah untuk melihat secara dekat pelaksanaan EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Ketibaan pelawat dimulakan dengan sesi bergambar bersama pelawat di hadapan Bangunan Canselori Putra, UPM sebagai tanda kenangan.
Lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Fasilitator EKSA BHEP seterusnya pelawat juga dibawa melawat ke Zon An-Nabawi bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di BHEP.
Tarikh Input: 07/11/2018 | Kemaskini: 07/11/2018 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan